· Administrator
Sistem Autodownline v7: Pembangunan Hampir Selesai
Kami langkau v6 dan terus ke v7. Pembangunan v7 kini hampir selesai: sistem membership, referral dan affiliate yang dibina semula dari kosong.
Kemas Kini: Pembangunan v7 Hampir Selesai
Pembangunan Sistem Autodownline v7 kini hampir selesai. Sebelum ini kami umumkan v7 akan dibina atas v6. Rancangan itu sudah berubah, dan kami mahu anda dengar terus daripada kami.
Kenapa Kami Langkau v6
v6.0.0 bermula sebagai penulisan semula codebase dari kosong. Sepanjang pembangunan, skopnya membesar sehingga hampir semua yang kami rancang untuk v7 sudah masuk sekali. Melancarkan v6, kemudian meminta anda naik taraf sekali lagi ke v7, tidak masuk akal.
Jadi kami buat keputusan: v6 tidak dilancarkan secara berasingan. Semua kerja v6 diteruskan terus ke dalam v7.
Apa Yang Ada Dalam v7
- Dibina semula dari kosong atas Laravel 13 dan Livewire 4, dengan lebih 2,000 ujian automatik dalam kod.
- Membership: keahlian percuma, sekali bayar atau berulang, dengan invois dan peringatan pembaharuan automatik.
- Referral & affiliate: link rujukan dengan kod QR dan subdomain untuk setiap ahli, komisen satu atau berbilang peringkat, dompet dan pengeluaran.
- Bayaran Malaysia: Billplz, Bayarcash, toyyibPay, CHIP, Stripe, kripto dan pindahan bank, dengan callback bayaran yang disahkan.
- AI reka laman: 8 penyedia AI, 9 gaya reka bentuk, dan reka seluruh laman sekali gus.
- Alat untuk ahli: landing page sendiri, AI penulis iklan dan follow-up WhatsApp automatik dari nombor ahli.
- Kedai, order link dan event dengan tiket QR.
- Pasang di cPanel tanpa terminal, dan kemas kini satu klik yang ditandatangani secara digital.
Senarai penuh ada di laman utama.
Untuk Siapa v7
v7 dibina untuk membership, referral dan affiliate. Ia bukan sistem MLM dan bukan untuk syarikat jualan langsung. Leader dalam syarikat jualan langsung boleh menggunakannya untuk memberi pasukan mereka alat promosi online, sebagai pelengkap kepada sistem rasmi syarikat. Lihat siapa yang sesuai.
Bila v7 Dilancarkan?
Kami belum tetapkan tarikh. Seperti biasa, kualiti mengatasi kelajuan. Tempahan masih ditutup buat masa ini, dan kami akan umumkan di blog ini bila v7 dilancarkan.
Untuk Pelanggan Sedia Ada
v7 dilengkapi alat import yang membawa masuk ahli dan struktur rujukan mereka dari versi lama. Butiran proses naik taraf akan kami kongsi sebelum pelancaran.
v6 dilangkau, v7 hampir siap. Terima kasih kerana bersabar bersama kami.