Langkau ke kandungan

Naik tarafPembangunan Sistem Autodownline v7 hampir selesai. Tempahan buat masa ini ditutup. Baca pengumuman

Membership · referral · affiliateSistem membership, referral & affiliate

Kongsi satu link. Sistem buat selebihnya.

Keahlian berbayar, link rujukan, komisen affiliate, dompet dan landing page AI untuk anda dan setiap ahli. Satu sistem, di domain dan hosting anda sendiri.

  • Pasang di cPanel, tanpa terminal
  • BM & English di setiap skrin
  • Data dalam server anda

Bayaran terus ke akaun anda

  • Billplz
  • Bayarcash
  • toyyibPay
  • CHIP
  • Stripe
  • Kripto
  • Pindahan bank

Untuk siapa

Dibina untuk membership, referral dan affiliate. Bukan untuk syarikat MLM.

Sistem Autodownline membantu anda menjual keahlian dan memberi ganjaran kepada orang yang membawa pelanggan. Ia bukan sistem pengurusan untuk syarikat MLM atau jualan langsung.

Sesuai untuk

  • Pemilik membership & komuniti berbayarKelas, kursus, kelab atau komuniti dengan yuran bulanan atau tahunan, di mana ahli bawa ahli dan dapat komisen referral.
  • Pemilik produk & program affiliateEjen jual guna link sendiri. Komisen dikira tepat, bayaran pelanggan masuk terus ke akaun anda.
  • Penganjur event & seminarJual tiket melalui ejen. Setiap jualan dikreditkan kepada ejen yang membawa pembeli.
  • Leader dalam syarikat jualan langsungBeri pasukan anda alat promosi online sendiri: landing page, link rujukan, AI penulis iklan dan follow-up WhatsApp. Sebagai pelengkap, bukan pengganti sistem rasmi syarikat.

Tentang nama

Kenapa nama autodownline?

Nama ini kami guna sejak 2017. Sistemnya sudah dibina semula dari kosong, tetapi ideanya kekal: setiap orang yang datang melalui link ahli anda direkod dan diurus secara automatik.

autodownline

auto

daripada automatik

Kerja yang sistem buat sendiri.

  • Daftar dan kreditkan rujukan kepada ahli yang berkongsi link, kod QR atau subdomain.
  • Aktifkan keahlian sebaik gerbang bayaran sahkan bayaran.
  • Kira komisen ikut level yang anda tetapkan, dan masukkan ke dompet bila anda lepaskan.
  • Hantar invois, peringatan pembaharuan dan follow-up WhatsApp ikut jadual.

downline

kata nama

Semua orang yang datang melalui link anda.

  • Rujukan terus anda, dan rujukan mereka jika komisen berbilang peringkat diaktifkan.
  • Pembeli kedai dan pemegang tiket event yang membeli melalui link ahli.
  • Lead yang tinggalkan nama dan nombor di kalkulator atau borang WhatsApp.
  • Pelawat yang datang semula, kekal milik ahli yang mula-mula berkongsi.

auto + downlinesetiap rujukan direkod, setiap komisen dikira, tanpa Excel.

Downline di sini bermaksud rekod siapa bawa siapa. Bukan struktur MLM.

Masalahnya

Urus ahli dan affiliate sepatutnya seronok. Bukan kerja admin.

Kebanyakan pemilik membership dan program affiliate guna lima hingga tujuh alat berasingan: borang, group WhatsApp, Excel komisen, page builder, kedai online. Data berselerak, ahli keliru.

  1. 01Nama ahli dalam Excel, tak pasti siapa bawa siapa.
  2. 02Resit bertimbun dalam WhatsApp, kena semak satu-satu.
  3. 03Hujung bulan kira komisen tangan, dan ada saja yang tak puas hati.
  4. 04Ahli tanya "nak post apa?", lepas tu tulis dakwaan yang boleh susahkan bisnes.
  5. 05Prospek klik link, tapi tiada siapa follow up.

Sistem Autodownline ganti semua kerja itu dengan satu panel.

01 Referral automatik

Setiap pendaftar dikreditkan kepada perujuk yang betul.

Setiap ahli dapat link rujukan dan kod QR sendiri. Sesiapa yang daftar atau membeli melalui link itu terus direkodkan sebagai rujukan ahli tersebut.

  • Komisen affiliate satu peringkat, atau berbilang peringkat ikut tetapan anda.
  • Cookie rujukan: pelawat yang datang semula masih dikira milik ahli yang mula-mula berkongsi.
  • Subdomain ahli seperti aminah.domainanda.com, untuk setiap ahli yang dibenarkan oleh pelan.
Skrin rujukan ahli: jumlah rujukan, siapa yang merujuk ahli itu, dan senarai rujukan yang boleh dibuka satu demi satu.

Rujukan masuk, komisen dikreditkan

02 Bayaran & komisen

Bayaran masuk. Komisen dikira. Anda tekan Lulus.

  1. 1Prospek bayar pelan atau pesanan kedai.
  2. 2Gerbang sahkan bayaran, atau anda luluskan resit pindahan bank. Akaun aktif sendiri.
  3. 3Komisen dicipta untuk perujuk, ikut level yang anda tetapkan, berstatus menunggu.
  4. 4Anda lepaskan. Baki masuk dompet ahli, dalam lejar yang tak boleh disunting.
  5. 5Ahli mohon pengeluaran, anda luluskan dan bayar ke bank mereka.
Skrin komisen owner: komisen menunggu dengan butang Lepaskan semua yang menunggu.

03 AI reka laman

Landing page siap dalam beberapa minit, bukan beberapa minggu.

Terangkan bisnes anda sekali. AI reka header, footer, Laman utama, Tentang kami, Sertai kami, Produk dan Hubungi kami dalam satu gaya yang sepadan. Semuanya masuk sebagai draf untuk anda semak.

Mahu ubah? Tulis "hero lebih gelap" dan AI perhalusi bahagian itu sahaja. Atau reka terus dari Claude, ChatGPT atau Cursor yang anda sudah langgan.

9 gaya reka bentuk

  • Aurora glow
  • Bold & vibrant
  • Editorial magazine
  • Luxury black & gold
  • Playful & friendly
  • Futuristic tech
  • Natural & organic
  • Clean & minimal
  • Biar AI pilih
Skrin Reka seluruh laman: terangkan perniagaan, pilih gaya, bahasa dan nada, kemudian pilih halaman untuk dijana.

AI guna kunci API anda sendiri daripada 8 penyedia, dan tutup secara lalai.

04 Untuk setiap ahli

Ahli anda tak perlu jadi pakar marketing.

  • Landing page sendiri, dengan nama mereka di dalamnya.
  • AI penulis iklan, posting FB, IG, TikTok, WhatsApp dan emel. Tiga draf sekali tekan.
  • Follow-up WhatsApp automatik, dari nombor mereka sendiri.
  • Bahan promosi, yang sudah ada link mereka.
  • Trafik & lead, tahu sumber mana yang membawa hasil.

Draf AI ahli terikat dengan peraturan "Jangan sekali-kali dakwa": tiada janji pendapatan, tiada dakwaan kesihatan, tiada desakan palsu.

Skrin AI Penulis iklan ahli: pilih jenis posting, apa yang dipromosi, nada dan bahasa.

05 Kalkulator & question flow

Prospek tak percaya cerita? Biar mereka kira sendiri.

Bina kalkulator dengan soalan dan baris formula. Prospek isi angka mereka sendiri dan nampak anggaran sehari, sebulan dan setahun, dengan penafian yang sentiasa dipaparkan.

Question flow pula tanya dulu, contoh "Dah pernah guna produk ini?", dan bawa setiap jawapan ke halaman yang ditulis khas untuknya. Pelawat kekal milik ahli yang berkongsi, sampai ke borang daftar.

Kalkulator komisen

cuba sendiri
4

Formula contoh: ahli × yuran × 10% (level 1)

Sehari
RM 0.65
Sebulan
RM 19.60
Setahun
RM 235.20

Contoh sahaja dengan kadar rekaan 10%. Bukan janji pendapatan. Kalkulator dalam sistem guna formula dan kadar pelan anda sendiri.

06 Kedai, pakej & event

Jual produk, pakej dan tiket, dengan komisen untuk affiliate.

  • Produk fizikal dan digital, dengan harga ahli dan harga awam.
  • Order link pakej seperti "mana-mana 3 untuk RM99". Ahli kongsi dengan alamat sendiri, setiap pesanan dikreditkan kepada mereka.
  • Zon penghantaran ikut negeri Malaysia, atau ambil sendiri.
  • Event dengan sehingga 10 jenis tiket, tiket bernama dengan QR dan check-in guna kamera telefon.
Order link pakej awam: pilih produk, isi butiran dan bayar dalam satu muka surat.

Semua dalam satu sistem

19 modul. Satu log masuk.

Keahlian, referral, affiliate, bayaran, komisen, page builder, kedai, event, blog, helpdesk, WhatsApp, AI dan laporan dalam satu panel. Tiada lagi data berselerak di lima tempat.

  1. 01

    Referral & affiliate

    Link rujukan + QR dan subdomain untuk setiap ahli. Komisen satu peringkat atau berbilang peringkat, ikut tetapan anda.

  2. 02

    Keahlian & langganan

    Percuma, sekali bayar atau berulang. Invois, peringatan pembaharuan dan tempoh tangguh berjalan sendiri.

  3. 03

    Pembayaran

    Billplz, Bayarcash, toyyibPay, CHIP, Stripe, kripto atau bank. Setiap callback disahkan tandatangannya.

  4. 04

    Komisen & dompet

    Bonus ikut level, kelulusan komisen, lejar append-only, pengeluaran dengan minimum dan caj.

  5. 05

    Pembina halaman

    Drag & drop, blok live (daftar, harga, kalkulator), sejarah versi, import zip, animasi Lottie.

  6. 06

    Bantuan AI

    Reka seluruh laman, perhalusi reka bentuk, gambar AI, tulis semula dan terjemah. Tutup secara lalai.

  7. 07

    Kalkulator komisen

    Prospek isi angka sendiri dan nampak anggaran harian, bulanan dan tahunan, dengan penafian.

  8. 08

    Question flow

    Tanya dulu, kemudian bawa setiap jawapan ke halaman yang ditulis khas untuknya.

  9. 09

    Kedai & order link

    Produk fizikal dan digital, harga ahli, zon penghantaran ikut negeri, pakej "3 untuk RM99".

  10. 10

    Event & tiket

    Sehingga 10 jenis tiket, tiket bernama dengan QR, check-in guna kamera telefon.

  11. 11

    Modul ikut pelan

    Setiap pelan buka atau tutup Kedai, WhatsApp, AI, Halaman dan Blog untuk ahlinya.

  12. 12

    WhatsApp & SMS

    Butang dan borang WhatsApp, follow-up automatik dari nombor ahli sendiri melalui MacroWA.

  13. 13

    Blog awam

    Artikel untuk Google dan untuk ahli kongsi dengan link sendiri. Sitemap dan robots.txt automatik.

  14. 14

    Kandungan & promosi

    Pengumuman, tutorial, kandungan drip ikut hari, bahan promosi siap, broadcast emel.

  15. 15

    Helpdesk

    Tiket sokongan, balasan tersedia, AI cadang balasan dan jawab soalan daripada artikel bantuan.

  16. 16

    Trafik & laporan

    Klik, sumber (?c=facebook), lead, laporan ikut tempoh dan eksport CSV.

  17. 17

    Pengguna & staf

    Log masuk sebagai ahli, gantung atau sekat akaun, peranan staf dengan akses terhad.

  18. 18

    Keselamatan

    2FA, passkey, had kadar pada borang awam, kunci API encrypted, Content Security Policy.

  19. 19

    Pasang & kemas kini

    Pemasang web untuk cPanel, kemas kini satu klik bertandatangan digital, backup setiap malam.

8

penyedia AI disokong

Claude, OpenAI, Gemini, DeepSeek, GLM, Qwen, OpenRouter, Ollama

9

gaya reka bentuk AI

Aurora glow hingga Luxury black & gold

3

jenis harga keahlian

Percuma, sekali bayar atau berulang

8

gerbang bayaran

Tambah pindahan bank dengan resit

2,000+

ujian automatik dalam kod

Dibina semula atas Laravel 13 + Livewire 4

15min

untuk pasang di cPanel

Pemasang web, tanpa terminal

Pemasangan

Pasang sendiri. Kemas kini satu klik.

Lebih kurang 15 minit di hosting PHP 8.4 + MySQL biasa. Tiada Composer, Node atau terminal. Pilih pakej Basic atau Pro dan kami pasangkan untuk anda.

  1. 1

    Cipta database. MySQL di panel hosting anda (cPanel: MySQL Databases).

  2. 2

    Muat naik zip. Extract, dan halakan domain ke folder public.

  3. 3

    Buka domain. Pemasang web semak keperluan server, sambung database dan cipta akaun owner.

  4. 4

    Tambah satu cron job. Arahan penuh ada dalam panduan pemasangan.

Skrin kemas kini sistem: semak versi baharu dan pasang dengan satu klik.

Ditandatangani digital. Laman anda menolak fail yang bukan keluaran sebenar.

  • Backup setiap malam, dalam server anda.
  • Latihan restore bulanan menguji backup boleh dipulihkan.
  • Semakan kesihatan dengan amaran emel.

Perbandingan

Satu sistem, atau cara biasa.

Excel + WhatsApp berbanding Sistem Autodownline
PerkaraExcel + WhatsAppSistem Autodownline
PendaftaranBorang, salin ke ExcelDaftar sendiri melalui link ahli
Siapa bawa siapaIngatan, atau tanyaRekod rujukan automatik
Semak bayaranResit dalam WhatsAppGerbang sahkan sendiri. Resit bank ada skrin semakan
Kira komisenTangan, setiap bulanAutomatik ikut level, ahli nampak sendiri
Landing pageUpah designer, atau tiadaAI reka dalam beberapa minit
Follow-up prospekSelalu terlupaWhatsApp automatik dari nombor ahli
LaporanKira semulaLaporan ikut tempoh dan eksport CSV
Sistem sewa biasa berbanding Sistem Autodownline
PerkaraSistem sewa biasaSistem Autodownline
KosYuran bulanan berterusanBayar sekali, renewal tahunan untuk kemas kini dan sokongan
DataDi server penyediaDi server anda
Jenama & domainSelalunya subdomain penyediaDomain anda sendiri, subdomain ahli di bawah domain anda
Pelan komisenTerhad kepada templatLevel dan kadar komisen ditetapkan sendiri
AIJarang ada, atau kos tambahan tetap8 penyedia, guna kunci sendiri, had dikawal ikut pelan
Gerbang MalaysiaBergantungBillplz, Bayarcash, toyyibPay dan CHIP terbina
Versi lama berbanding v7
PerkaraVersi lamav7
TeknologiLaravel 10, jQueryLaravel 13, Livewire 4, dibina semula dari kosong
Struktur rujukanSeparuh siapBerfungsi penuh, perujuk direkod dengan tepat
Callback bayaranTidak disahkanDisahkan setakat yang gerbang sokong
StripeDisenaraikan tetapi tidak berfungsiBerfungsi. Tambah CHIP dan kripto
Page builderAsasDrag & drop, blok live, sejarah versi, import zip, AI
AITiada8 penyedia, reka halaman, copywriter ahli, AI helpdesk
Kedai & eventTiadaKedai, marketplace, order link, event dengan QR check-in
Kemas kiniManualSatu klik dari panel, bertandatangan digital
Pindah dataTiadaimport:v6 bawa ahli dan struktur rujukan mereka

Harga

Hosting anda, atau hosting kami.

Bayar sekali. Renewal tahunan hanya untuk kemas kini dan sokongan berterusan. Semua pakej guna source code yang sama.

Hosting anda

Anda pasang di cPanel atau VPS sendiri.

DIY

Self-hosted, pasang sendiri

RM999

bayaran sekali · Renewal RM200/tahun

  • Source code (encrypted via Ioncube)
  • Pasang pada hosting sendiri
  • Percuma update selama 1 tahun
  • Dokumentasi pemasangan
  • Sokongan melalui ticket
Tempah DIY

Hosting kami

Kami pasang dan jaga server untuk anda.

Basic

Kami hostkan untuk anda

RM1,499

bayaran sekali · Renewal RM299/tahun

  • Hosting + domain percuma
  • Pemasangan sistem automatik
  • SSL certificate
  • 1 tahun sokongan penuh
  • Update berkala
Tempah Basic

Pro

Paling popular

RM2,499

bayaran sekali · Renewal RM399/tahun

  • Semua dalam Basic
  • Perkhidmatan design landing page
  • Copywriting profesional
  • Storage 10GB
  • Priority support
Tempah Pro

Custom

Sesuai untuk keperluan khas · Ikut skop projek

  • Semua fungsi dalam Pro
  • Custom function & integration
  • Source code tidak encrypted
  • White-label branding
  • Dedicated project manager

Kos AI, WhatsApp (MacroWA), SMS dan caj gerbang pembayaran dibayar terus kepada penyedia masing-masing.

Soalan lazim

Ditanya sebelum beli.

Soalan lain? Tanya terus di WhatsApp. Kami jawab dengan data bisnes anda.

Apa itu Sistem Autodownline?

Sistem membership, referral dan affiliate lengkap: keahlian berbayar, link rujukan, komisen affiliate, dompet, pengeluaran, page builder dengan AI, kedai, event, blog, helpdesk dan WhatsApp, dalam satu panel di domain anda sendiri.

Adakah ini sistem MLM?

Bukan. Sistem Autodownline dibina untuk membership, referral dan affiliate, bukan untuk syarikat MLM atau jualan langsung. Leader dalam syarikat jualan langsung boleh menggunakannya untuk memberi pasukan mereka alat promosi online, sebagai pelengkap kepada sistem rasmi syarikat. Jika syarikat anda memerlukan sistem MLM atau jualan langsung, hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Perlukan apa untuk pasang, dan berapa lama?

Hosting dengan PHP 8.4 dan MySQL 8 (cPanel biasa pun boleh), satu domain dan satu cron job. Tidak perlu Composer, Node atau terminal. Lebih kurang 15 minit: muat naik zip, halakan domain, buka pelayar dan ikut pemasang web.

Gerbang pembayaran apa yang disokong?

Billplz, Bayarcash, toyyibPay, CHIP, Stripe (kad), Coinbase Commerce, NOWPayments, BTCPay Server, dan pindahan bank dengan muat naik resit. Boleh guna lebih dari satu akaun bagi setiap gerbang.

Macam mana komisen dikira?

Ikut level yang anda tetapkan (peratus atau jumlah tetap), untuk yuran keahlian dan juga produk kedai. Komisen masuk sebagai "menunggu", dan anda lepaskannya ke dompet ahli. Ahli mohon pengeluaran ke akaun bank mereka, anda luluskan atau tolak.

Perlu bayar AI berasingan?

Ya. AI guna kunci API anda sendiri daripada penyedia seperti Claude, OpenAI, Gemini atau DeepSeek (8 penyedia disokong). AI tutup secara lalai, dan anda kawal had harian setiap pelan. Ahli juga boleh guna kunci mereka sendiri.

AI akan buat dakwaan pendapatan bagi pihak ahli?

Tidak. Peraturan "Jangan sekali-kali dakwa" menghalang janji pendapatan, jaminan hasil, dakwaan kesihatan dan desakan palsu dalam setiap draf. Anda boleh tambah peraturan sendiri.

Data saya disimpan di mana?

Dalam database dan server anda sendiri. Backup dibuat setiap malam, dan sistem menguji setiap bulan bahawa backup itu boleh dipulihkan.

Saya pengguna versi lama. Boleh pindah ke v7?

Boleh. v7 dilengkapi alat import yang membawa masuk ahli dan struktur rujukan mereka dari versi lama.

Ahli dan affiliate anda sudah sedia. Sistem anda?

Lihat sendiri dalam demo. Mod demo memulihkan dirinya sendiri, jadi cuba apa sahaja.