# Sistem Autodownline > Sistem membership, referral dan affiliate yang anda pasang di hosting sendiri: ahli kongsi link, sistem daftarkan dan kreditkan rujukan, kutip yuran keahlian dan kira komisen secara automatik, dengan AI yang reka landing page dan tulis copy untuk anda dan ahli anda. Sistem Autodownline bukan sistem MLM dan bukan untuk syarikat jualan langsung. Ia sesuai untuk pemilik membership, program referral dan affiliate, serta leader syarikat jualan langsung yang mahu memberi pasukan mereka alat promosi online. Syarikat yang memerlukan sistem MLM atau jualan langsung boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut. Tentang nama: "auto" bermaksud kerja yang sistem buat sendiri (daftar dan kreditkan rujukan, aktifkan keahlian selepas bayaran disahkan, kira komisen, hantar invois dan follow-up). "Downline" bermaksud semua orang yang datang melalui link seorang ahli: rujukan, pembeli kedai, pemegang tiket dan lead. Ia rekod siapa bawa siapa, bukan struktur MLM. - Pembangun: Sitehandy Solutions (NS0159990-H), F-7 Tingkat 1, Bangunan Arked MARA, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia - Beroperasi sejak: 2017 - Bahasa produk: Bahasa Melayu dan English di setiap skrin - Keperluan: hosting PHP 8.4 + MySQL 8 (cPanel pun boleh), satu domain, satu cron job - Gerbang bayaran: Billplz, Bayarcash, toyyibPay, CHIP, Stripe, Kripto, Pindahan bank - Hubungi: WhatsApp +60 11-3803 8022, hello@sistemautodownline.com, sokongan support@sistemautodownline.com ## Fakta utama - 8 penyedia AI disokong (Claude, OpenAI, Gemini, DeepSeek, GLM, Qwen, OpenRouter, Ollama) - 9 gaya reka bentuk AI (Aurora glow hingga Luxury black & gold) - 3 jenis harga keahlian (Percuma, sekali bayar atau berulang) - 8 gerbang bayaran (Tambah pindahan bank dengan resit) - 2,000+ ujian automatik dalam kod (Dibina semula atas Laravel 13 + Livewire 4) - 15 min untuk pasang di cPanel (Pemasang web, tanpa terminal) ## Harga (MYR) - DIY: RM999, bayaran sekali. Renewal RM200/tahun. Self-hosted, pasang sendiri. Termasuk: Source code (encrypted via Ioncube); Pasang pada hosting sendiri; Percuma update selama 1 tahun; Dokumentasi pemasangan; Sokongan melalui ticket. - Basic: RM1,499, bayaran sekali. Renewal RM299/tahun. Kami hostkan untuk anda. Termasuk: Hosting + domain percuma; Pemasangan sistem automatik; SSL certificate; 1 tahun sokongan penuh; Update berkala. - Pro: RM2,499, bayaran sekali. Renewal RM399/tahun. Paling popular. Termasuk: Semua dalam Basic; Perkhidmatan design landing page; Copywriting profesional; Storage 10GB; Priority support. - Custom: Dapatkan sebut harga. Ikut skop projek. Sesuai untuk keperluan khas. Termasuk: Semua fungsi dalam Pro; Custom function & integration; Source code tidak encrypted; White-label branding; Dedicated project manager. - Kos AI, WhatsApp (MacroWA), SMS dan caj gerbang pembayaran dibayar terus kepada penyedia masing-masing. ## Modul - Referral & affiliate: Link rujukan + QR dan subdomain untuk setiap ahli. Komisen satu peringkat atau berbilang peringkat, ikut tetapan anda. - Keahlian & langganan: Percuma, sekali bayar atau berulang. Invois, peringatan pembaharuan dan tempoh tangguh berjalan sendiri. - Pembayaran: Billplz, Bayarcash, toyyibPay, CHIP, Stripe, kripto atau bank. Setiap callback disahkan tandatangannya. - Komisen & dompet: Bonus ikut level, kelulusan komisen, lejar append-only, pengeluaran dengan minimum dan caj. - Pembina halaman: Drag & drop, blok live (daftar, harga, kalkulator), sejarah versi, import zip, animasi Lottie. - Bantuan AI: Reka seluruh laman, perhalusi reka bentuk, gambar AI, tulis semula dan terjemah. Tutup secara lalai. - Kalkulator komisen: Prospek isi angka sendiri dan nampak anggaran harian, bulanan dan tahunan, dengan penafian. - Question flow: Tanya dulu, kemudian bawa setiap jawapan ke halaman yang ditulis khas untuknya. - Kedai & order link: Produk fizikal dan digital, harga ahli, zon penghantaran ikut negeri, pakej "3 untuk RM99". - Event & tiket: Sehingga 10 jenis tiket, tiket bernama dengan QR, check-in guna kamera telefon. - Modul ikut pelan: Setiap pelan buka atau tutup Kedai, WhatsApp, AI, Halaman dan Blog untuk ahlinya. - WhatsApp & SMS: Butang dan borang WhatsApp, follow-up automatik dari nombor ahli sendiri melalui MacroWA. - Blog awam: Artikel untuk Google dan untuk ahli kongsi dengan link sendiri. Sitemap dan robots.txt automatik. - Kandungan & promosi: Pengumuman, tutorial, kandungan drip ikut hari, bahan promosi siap, broadcast emel. - Helpdesk: Tiket sokongan, balasan tersedia, AI cadang balasan dan jawab soalan daripada artikel bantuan. - Trafik & laporan: Klik, sumber (?c=facebook), lead, laporan ikut tempoh dan eksport CSV. - Pengguna & staf: Log masuk sebagai ahli, gantung atau sekat akaun, peranan staf dengan akses terhad. - Keselamatan: 2FA, passkey, had kadar pada borang awam, kunci API encrypted, Content Security Policy. - Pasang & kemas kini: Pemasang web untuk cPanel, kemas kini satu klik bertandatangan digital, backup setiap malam. ## Soalan lazim ### Apa itu Sistem Autodownline? Sistem membership, referral dan affiliate lengkap: keahlian berbayar, link rujukan, komisen affiliate, dompet, pengeluaran, page builder dengan AI, kedai, event, blog, helpdesk dan WhatsApp, dalam satu panel di domain anda sendiri. ### Adakah ini sistem MLM? Bukan. Sistem Autodownline dibina untuk membership, referral dan affiliate, bukan untuk syarikat MLM atau jualan langsung. Leader dalam syarikat jualan langsung boleh menggunakannya untuk memberi pasukan mereka alat promosi online, sebagai pelengkap kepada sistem rasmi syarikat. Jika syarikat anda memerlukan sistem MLM atau jualan langsung, hubungi kami untuk maklumat lanjut. ### Perlukan apa untuk pasang, dan berapa lama? Hosting dengan PHP 8.4 dan MySQL 8 (cPanel biasa pun boleh), satu domain dan satu cron job. Tidak perlu Composer, Node atau terminal. Lebih kurang 15 minit: muat naik zip, halakan domain, buka pelayar dan ikut pemasang web. ### Gerbang pembayaran apa yang disokong? Billplz, Bayarcash, toyyibPay, CHIP, Stripe (kad), Coinbase Commerce, NOWPayments, BTCPay Server, dan pindahan bank dengan muat naik resit. Boleh guna lebih dari satu akaun bagi setiap gerbang. ### Macam mana komisen dikira? Ikut level yang anda tetapkan (peratus atau jumlah tetap), untuk yuran keahlian dan juga produk kedai. Komisen masuk sebagai "menunggu", dan anda lepaskannya ke dompet ahli. Ahli mohon pengeluaran ke akaun bank mereka, anda luluskan atau tolak. ### Perlu bayar AI berasingan? Ya. AI guna kunci API anda sendiri daripada penyedia seperti Claude, OpenAI, Gemini atau DeepSeek (8 penyedia disokong). AI tutup secara lalai, dan anda kawal had harian setiap pelan. Ahli juga boleh guna kunci mereka sendiri. ### AI akan buat dakwaan pendapatan bagi pihak ahli? Tidak. Peraturan "Jangan sekali-kali dakwa" menghalang janji pendapatan, jaminan hasil, dakwaan kesihatan dan desakan palsu dalam setiap draf. Anda boleh tambah peraturan sendiri. ### Data saya disimpan di mana? Dalam database dan server anda sendiri. Backup dibuat setiap malam, dan sistem menguji setiap bulan bahawa backup itu boleh dipulihkan. ### Saya pengguna versi lama. Boleh pindah ke v7? Boleh. v7 dilengkapi alat import yang membawa masuk ahli dan struktur rujukan mereka dari versi lama. ## Pages - [Laman utama](https://sistemautodownline.com/): ciri, perbandingan, harga dan soalan lazim - [Tempahan](https://sistemautodownline.com/tempahan/): pakej dan proses tempahan - [Demo](https://sistemautodownline.com/demo/): cara minta akses demo owner dan ahli - [Hubungi](https://sistemautodownline.com/hubungi/): WhatsApp, emel dan alamat pejabat - [Changelog](https://sistemautodownline.com/changelog/): versi yang telah dikeluarkan - [Blog](https://sistemautodownline.com/blog/): pengumuman rasmi - [Sistem Autodownline v7: Pembangunan Hampir Selesai](https://sistemautodownline.com/blog/sistem-autodownline-v7-0-0/): Kami langkau v6 dan terus ke v7. Pembangunan v7 kini hampir selesai: sistem membership, referral dan affiliate yang dibina semula dari kosong. - [Apa yang sedang dibangunkan untuk v6.0.0](https://sistemautodownline.com/blog/sistem-autodownline-v6-0-0/): Update progress — codebase sedang di-rewrite atas Laravel terkini, AI page builder, WhatsApp & Telegram, BayarCash & Chip-In, mall, points dan banyak lagi. - [Sistem Autodownline v5.1.0](https://sistemautodownline.com/blog/sistem-autodownline-v5-1-0/): Update besar dengan statistik top sponsor, drip content, tracking campaign, integrasi Wabot dan banyak lagi. - [Sistem Autodownline v5.0.0](https://sistemautodownline.com/blog/sistem-autodownline-v5-0-0/): Major release dengan sistem bonus multi-tier dan fungsi wallet untuk uruskan komisen ahli. - [Sistem Autodownline v4.2.0](https://sistemautodownline.com/blog/sistem-autodownline-v4-2-0/): Penambahbaikan role management dan beberapa bug fixes untuk pengendalian username.